Friday, 9 March 2012


Terukir di bulan~ Awak sahabat saya dan Awak juga CARTA HATI SAYA!!
                Inginku coretkan disini sebuah kenangan di zaman remaja kita namun coretan ini tentang sahabat yang sentiasa di carta hati. Coretan ini adalah untuk mereka yang ku gelar sahabat,mereka ialah M.A.S.S.A.N.(Kata kunci atau laluan masuk ke carta hati^.^)
Sahabat,
Sukar ku cari dirimu,
Sahabat,
Cuba kau baca coretanku,
Sahabat,
Tentang kita…
Kisah kita terukir di bulan,walaupun orang lain tidak melihatnya kerana itulah persahabatan kita…(^.^)
                Kepada semua pembaca,jangan betulkan spect anda  bagi yang memakai spect,jangan biarkan orang lain mengganggu ketenteraman hidup anda kerana anda MESTI FOKUS,dan yang paling penting betulkan postur duduk,berdiri,atau baring anda. Kerana apa? Kerana anda tengah menhayati coretan ini…
                Melihat pelangi, bukan pelangi tetapi masa depan. Ku mulakan coretan ini dengan mendongak kepala ku ke langit tetapi sayangnya siling rumahku yang menghalang penglihatan bebasku itu.
                Wannabebas…apakah itu?? Oh, adik-beradik kepada jenama adidas?? Tidak, itu adalah sekumpulan pelajar yang selalu makan bagaikan berkelah ditepi pantai di bawah satu bumbung yang diberi nama Tapou… mendapat gelaran daripada Miss A Tapou membawa malu, sebab bagi wajah kami sentiasa merah setiap kali duduk dibawahnya. Hal ini demikian kerana atapnya berwarna merah seperti darah kami yang berderau kerana ghairah untuk makan bekalan yang dibawa oleh sahabat-sahabat dari rumah untuk mengelakkan pembaziran duit RM1.00 yang ibu selalu beri  dan sentiasa mekar diingatan “jangan bazir duit sayang ya…”
                Tentang kita, adakah kita sahabat?? Pertemuan kita bermula dari lawan jadi kawan?? Laman mukabuku?? Tidak, tapi ingatlah daripada tidak kenal menjadi kenal lalu kita menjadi teman tapi mesra,kawan sepermainan,dan akhirnya membawa kepada persahabatan.

Matahari terbit,
Matahari terbenam,
Bulan pun muncul,
Bintang datang menemani bulan sendirian,
Cahaya kegembiraan dari sumber inspirasi
Iaitu matahari,
Lalu semuanya terlukis di sebuah buku lukisan alam iaitu
Sang langit,
Awan nano datang menyerikan lagi
Keindahahan ciptaan Tuhan.
                Begitulah kau hadir dan hilang dalam kehidupanku namun semuanya membawa seribu kenangan di zaman persekolahan kita.
Kita imbas kembali,
                Diwaktu kita bersama melangkah masuk ke gerbang ilmu iaitu wilayah Three Rivers,kau lihat aku,aku tersipu malu, kau cuba mendekati aku,lalu bertanya siapa nama? Disitulah titik permulaan persahabatan ini. Pada mulanya kita saling beranggapan “issh sombonglah,”ada juga kita cakap “saya tak berani tegur dia Nampak garang.” Pelabagai anggapan negatif  sebelum kta kenal hati budi masing-masing.
                Sudah masuk tahun ke lima persahabatan kita terjalin,pelbagai kenangan tumbuh menyubur di gerbang ingatanku. Bermula dari gurau senda,gelak tawa,imaginasi kita disetiap sudut-sudut wilayah Three Rivers seperti imaginasi percubaan untuk membunuh diri namun semua harapan hancur lebur apabila pokok tinggi di belakang blok A menghalangnya kerana tersangkut menyebabkan seorang guru yang tidak mahu kami coretkan disini bagi menjaga nama baik kami juga…hehe…memarahinya kerana tak reti nak masuk kelas sehingga berdiri di beranda setelah pokok tinggi melucutkan dirinya cun-cun didepan kelas, dia serba salah kerana begnya tersangkut di pokok tersebut menyebabkan dirinya menangis teresak-esak dengan perasaan yang malu meminta kertas kajang dari temannya~imaginasi Miss AS dan Miss MM. Tidak terlepas juga imbas kembali kita bersama  tentang kisah kita bermain pondok-pondok di zaman kecil walaupu berbeza cerita namun semuanya membawa erti dalam kehidupanku.
                Ada juga kisah kita bersama iaitu Miss A, Miss SM, Miss S, dan Miss I , mereka berempat sudah punya lessen memandu motosikal yang sah di sisi undang-undang menyebabkan mereka bebas melakukan sesuatu atas kebenaran ibu bapa bukan menjadi Miss Rempit tetapi Miss melawat Malaysia…hoho.  Kta melawat ke pusat membuang tekanan iaitu sungai Petanak yang terletak di belakang Maktab Rendah Sains Mara,Mukah. Ingat tak?? Itu adalah alasan semata-mata untuk mengintai Secret Admire(haha,siapakah insan bertuah itu…kantoi!) jangan risau ia adalah gurauan igauan antara kami. Belum selesai lagi coretan ini. Tetapi kebenarannya, kita melawat adalah sekadar untuk membuang segala tekanan emosi biar sungai Petanak itu membawa tekanan itu jauh ke Laut China Selatan. Disitulah juga ada kisah misteri . Namu biarlah semua itu terkubur didalam hati kita dan tersimpan di dalam carta hati yang ke-100.
                Namun semuanya hilang jika kami bermasam muka. (>.<)
Ada pensel, ada pemadam,
Ada hari aku balas dendam..
Jangan sahabat, jangan berdendam. Bermasam muka, laman muka buku menjadi mangsa tempat melepas amarah.
“kita lepas geram di laman mukabuku,kau kutuk aku,aku tengking balik… o…o…o”
                Opppsss, para pembaca jangan salah faham kita orang tak buat pun pekara seperti yang tertulis diatas. Tapi apa yang pasti kami akan melafazkan tiga ayat “saya minta maaf.” Persahabatan itu semakin rapat. Kami ingat pesan Dato Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, “maafkan semua orang dik.” Sesungguhnya  persahabatan itu tidak kekal jika bergaduh namun tiada kemaafan terucap dibir atas kuasa ego dalam diri. Ungkapkanlah tiga kata bukan saja “I love you!!” tetapi “saya minta maaf,”dengan hati yang ikhlas. Sesungguhnya keikhlasan lahir dari hati yang suci.
                Berakhirlah sudah coretan abadiku buat sahabat. Segala yang ditulis disini adalah ditulis dengan emosi yang sukar untukku ungkapkan dengan kata-kata. Terciptanya ilham menulis coretan ini adalah dasar tentang persahabatan.  Akhir sekali, terima kasih kerana sudi membaca coretan yang tidak seberapa ini tetapi amat istimewa bagiku. Untuk sahabatku, semoga persahabatan kita berkekalan,semoga kita Berjaya dalam hidup.
Ku akhiri coretan ku dengan “AWAK SAHABAT SAYA DUNIA DAN AKHIRAT! TERIMA KASIH!”

5 comments:

AerineArinie Punya Cerita~ said...

haha...nak di letak kat majalah sekolah sesi 12/13 .. (^^) but belum dihantar softcopy kpada MR.Saifol... after holiday lah... >.<

christie said...

kabut arin.. hahaha

Aaron Arun said...
This comment has been removed by the author.
Aaron Arun said...

wew~ nice! kakak a tlng follow blog sya jgak eh3... :D http://aaronarun-myworld.blogspot.com... TQ~ :DDD

AerineArinie Punya Cerita~ said...

yo..thanx ye..sbb sudi follow..akak bru follow ur blog..like it!!^^

Post a Comment