Terukir di bulan~
Awak sahabat saya dan Awak juga CARTA HATI SAYA!!
Inginku
coretkan disini sebuah kenangan di zaman remaja kita namun coretan ini tentang
sahabat yang sentiasa di carta hati. Coretan ini adalah untuk mereka yang ku
gelar sahabat,mereka ialah M.A.S.S.A.N.(Kata kunci atau laluan masuk ke carta
hati^.^)
Sahabat,
Sukar ku cari dirimu,
Sahabat,
Cuba kau baca coretanku,
Sahabat,
Tentang kita…
Kisah kita terukir di bulan,walaupun orang lain tidak
melihatnya kerana itulah persahabatan kita…(^.^)
Kepada
semua pembaca,jangan betulkan spect anda
bagi yang memakai spect,jangan biarkan orang lain mengganggu
ketenteraman hidup anda kerana anda MESTI FOKUS,dan yang paling penting betulkan
postur duduk,berdiri,atau baring anda. Kerana apa? Kerana anda tengah menhayati
coretan ini…
Melihat
pelangi, bukan pelangi tetapi masa depan. Ku mulakan coretan ini dengan
mendongak kepala ku ke langit tetapi sayangnya siling rumahku yang menghalang
penglihatan bebasku itu.
Wannabebas…apakah
itu?? Oh, adik-beradik kepada jenama adidas?? Tidak, itu adalah sekumpulan
pelajar yang selalu makan bagaikan berkelah ditepi pantai di bawah satu bumbung
yang diberi nama Tapou… mendapat gelaran daripada Miss A Tapou membawa malu,
sebab bagi wajah kami sentiasa merah setiap kali duduk dibawahnya. Hal ini
demikian kerana atapnya berwarna merah seperti darah kami yang berderau kerana
ghairah untuk makan bekalan yang dibawa oleh sahabat-sahabat dari rumah untuk
mengelakkan pembaziran duit RM1.00 yang ibu selalu beri dan sentiasa mekar diingatan “jangan bazir
duit sayang ya…”
Tentang
kita, adakah kita sahabat?? Pertemuan kita bermula dari lawan jadi kawan??
Laman mukabuku?? Tidak, tapi ingatlah daripada tidak kenal menjadi kenal lalu
kita menjadi teman tapi mesra,kawan sepermainan,dan akhirnya membawa kepada
persahabatan.
Matahari terbit,
Matahari terbenam,
Bulan pun muncul,
Bintang datang
menemani bulan sendirian,
Cahaya kegembiraan
dari sumber inspirasi
Iaitu matahari,
Lalu semuanya
terlukis di sebuah buku lukisan alam iaitu
Sang langit,
Awan nano datang
menyerikan lagi
Keindahahan ciptaan
Tuhan.
Begitulah
kau hadir dan hilang dalam kehidupanku namun semuanya membawa seribu kenangan
di zaman persekolahan kita.
Kita imbas kembali,
Diwaktu
kita bersama melangkah masuk ke gerbang ilmu iaitu wilayah Three Rivers,kau
lihat aku,aku tersipu malu, kau cuba mendekati aku,lalu bertanya siapa nama?
Disitulah titik permulaan persahabatan ini. Pada mulanya kita saling
beranggapan “issh sombonglah,”ada juga kita cakap “saya tak berani tegur dia
Nampak garang.” Pelabagai anggapan negatif
sebelum kta kenal hati budi masing-masing.
Sudah
masuk tahun ke lima persahabatan kita terjalin,pelbagai kenangan tumbuh
menyubur di gerbang ingatanku. Bermula dari gurau senda,gelak tawa,imaginasi
kita disetiap sudut-sudut wilayah Three Rivers seperti imaginasi percubaan
untuk membunuh diri namun semua harapan hancur lebur apabila pokok tinggi di
belakang blok A menghalangnya kerana tersangkut menyebabkan seorang guru yang
tidak mahu kami coretkan disini bagi menjaga nama baik kami
juga…hehe…memarahinya kerana tak reti nak masuk kelas sehingga berdiri di
beranda setelah pokok tinggi melucutkan dirinya cun-cun didepan kelas, dia
serba salah kerana begnya tersangkut di pokok tersebut menyebabkan dirinya
menangis teresak-esak dengan perasaan yang malu meminta kertas kajang dari
temannya~imaginasi Miss AS dan Miss MM. Tidak terlepas juga imbas kembali kita
bersama tentang kisah kita bermain
pondok-pondok di zaman kecil walaupu berbeza cerita namun semuanya membawa erti
dalam kehidupanku.
Ada
juga kisah kita bersama iaitu Miss A, Miss SM, Miss S, dan Miss I , mereka
berempat sudah punya lessen memandu motosikal yang sah di sisi undang-undang
menyebabkan mereka bebas melakukan sesuatu atas kebenaran ibu bapa bukan menjadi
Miss Rempit tetapi Miss melawat Malaysia…hoho.
Kta melawat ke pusat membuang tekanan iaitu sungai Petanak yang terletak
di belakang Maktab Rendah Sains Mara,Mukah. Ingat tak?? Itu adalah alasan
semata-mata untuk mengintai Secret Admire(haha,siapakah insan bertuah itu…kantoi!)
jangan risau ia adalah gurauan igauan antara kami. Belum selesai lagi coretan
ini. Tetapi kebenarannya, kita melawat adalah sekadar untuk membuang segala
tekanan emosi biar sungai Petanak itu membawa tekanan itu jauh ke Laut China
Selatan. Disitulah juga ada kisah misteri . Namu biarlah semua itu terkubur
didalam hati kita dan tersimpan di dalam carta hati yang ke-100.
Namun
semuanya hilang jika kami bermasam muka. (>.<)
Ada pensel, ada
pemadam,
Ada hari aku balas
dendam..
Jangan sahabat, jangan berdendam. Bermasam muka, laman muka
buku menjadi mangsa tempat melepas amarah.
“kita lepas geram di laman mukabuku,kau kutuk aku,aku
tengking balik… o…o…o”
Opppsss,
para pembaca jangan salah faham kita orang tak buat pun pekara seperti yang
tertulis diatas. Tapi apa yang pasti kami akan melafazkan tiga ayat “saya minta
maaf.” Persahabatan itu semakin rapat. Kami ingat pesan Dato Dr Hj. Mohd
Fadzilah Kamsah, “maafkan semua orang dik.” Sesungguhnya persahabatan itu tidak kekal jika bergaduh
namun tiada kemaafan terucap dibir atas kuasa ego dalam diri. Ungkapkanlah tiga
kata bukan saja “I love you!!” tetapi “saya minta maaf,”dengan hati yang
ikhlas. Sesungguhnya keikhlasan lahir dari hati yang suci.
Berakhirlah
sudah coretan abadiku buat sahabat. Segala yang ditulis disini adalah ditulis
dengan emosi yang sukar untukku ungkapkan dengan kata-kata. Terciptanya ilham
menulis coretan ini adalah dasar tentang persahabatan. Akhir sekali, terima kasih kerana sudi
membaca coretan yang tidak seberapa ini tetapi amat istimewa bagiku. Untuk
sahabatku, semoga persahabatan kita berkekalan,semoga kita Berjaya dalam hidup.
Ku akhiri coretan ku dengan “AWAK SAHABAT SAYA DUNIA DAN
AKHIRAT! TERIMA KASIH!”
5 comments:
haha...nak di letak kat majalah sekolah sesi 12/13 .. (^^) but belum dihantar softcopy kpada MR.Saifol... after holiday lah... >.<
kabut arin.. hahaha
wew~ nice! kakak a tlng follow blog sya jgak eh3... :D http://aaronarun-myworld.blogspot.com... TQ~ :DDD
yo..thanx ye..sbb sudi follow..akak bru follow ur blog..like it!!^^
Post a Comment